Home arrow Success Stories arrow Dunia baru Ding Xi, Wan Xi

Success Stories

Deaf Parents - Special
Tuesday, 06 November 2007 | ekatim

Deaf Parents - Special   Shirley's Story Shirley Wong, 41, was born Deaf in Perak and moved to...
+ Full Story

Jessica Mak
Sunday, 23 September 2007 | ekatim

Jessica Mak The one-year Duskin Leadership Training programme in Japan sure has made an unforgettable...
+ Full Story

Mohd Sazali Shaari
Sunday, 23 September 2007 | ekatim

Mohd Sazali Shaari MOHD SAZALI SHAARI is currently the President and Executive Director of the Malaysian Federation...
+ Full Story

Dino
Sunday, 23 September 2007 | ekatim

Dino DINO or NOORDIN HASSAN is a cool dude who has done many things such as being an MC (Master of...
+ Full Story

Anne Laura
Friday, 21 September 2007 | ekatim

Anne Laura   ANNE LAURA or affectionately know as Loula to the Deaf community is blessed...
+ Full Story

More Articles

Dilahirkan normal tetapi ditakdirkan pekak, adik-beradik Toh Ding Xi, 4, dan Wan Xi, 2, sebenarnya bertuah kerana menerima teknologi implan koklea bilateral pada awal usia. Apakah kisah di sebaliknya?

 

koklea 1

 

TOH WAN XI duduk diam di dalam kereta mainannya. Sesekali dia ketawa riang apabila diusik oleh abangnya, Ding Xi, empat tahun.

Dunia anak kecil itu sangat ceria. Saat diminta mendendangkan lagu, Wan Xi tunduk malu sambil tersenyum manis. Kurang beberapa saat, dia membuka mulut dan menyanyikan sebuah lagu berbahasa Cina untuk prasekolah, 'Ke Ren Lai'.

Sebutan butir-butir liriknya cukup lancar. Intonasinya pula jelas. Prestasi seperti itu sebenarnya sangat positif memandangkan kanak-kanak sebayanya pun belum tentu tahu bertutur.

Sedangkan dunia Wan Xi sebelum ini sangat sunyi. Anak kecil yang comel itu dilahirkan pekak. Mujurlah kemajuan teknologi menyelamatkannya daripada segala kekurangan tersebut.

Paling Muda

Anak berusia hampir dua tahun itu menerima implan koklea pertamanya sekitar usia 10 bulan. September lalu, hampir setahun selepas pembedahan itu, dia memperoleh implan keduanya. Ia sekali gus menjadikan Wan Xi penerima implan koklea bilateral yang paling muda di Malaysia.
Wan Xi bagaimana pun tidak keseorangan. Abangnya, Ding Xi mengalami masalah sama. Kekurangan itu disedari ibunya, Tan Gek Ling, 35, apabila Ding Xi memberi reaksi luar biasa setiap kali ada petir dan telefon bimbit bergetar.

"Saya tidak lelapkan mata sepanjang malam. Saya tahu ada yang tidak kena," ceritanya sewaktu ditemui Kosmo! di kediamannya di Petaling Jaya (PJ) baru-baru ini.

Panggilan demi panggilan juga dibuat kepada kawan-kawan yang lebih awal memiliki anak. Kata mereka: "Biasalah anak lelaki memang lebih lambat bercakap berbanding anak perempuan. Mungkin juga rangsangan yang diberikan kepada anak tidak cukup."

Kurang yakin dengan kata-kata itu, akhirnya, satu pertemuan dengan seorang pakar audiologi dibuat. Tepat telahannya. Ding Xi disahkan mengalami masalah kehilangan pendengaran tahap serius.

Kalau diikutkan, tiada seorang pun ahli keluarga mereka yang mengalami masalah hilang pendengaran. Sebaliknya kini, Gek Ling dan suaminya, Toh Charng Jeng diberitahu setiap anak mereka mempunyai 25 peratus risiko dilahirkan pekak.

Positif

Walaupun sukar untuk diterima, Charng Jeng, 37, bersikap positif. Nasib baik kedua-duanya ialah doktor, sekali gus memudahkan segala maklumat tentang kecacatan dan jalan penyelesaian diperoleh dengan pantas.

koklea 2

 

INILAH contoh peranti implan koklea generasi terbaru.
 
Tidak menyalahkan percaturan takdir, mereka berpendapat lebih praktikal jika jalan penyelesaian diperoleh segera.

Lebih penting, mereka enggan hidup dalam penafian mengenai keadaan anaknya itu.

"Daripada seorang kawan yang juga pakar telinga, hidung dan tekak (ENT), kami mendapat tahu tentang teknologi implan koklea. Tempoh masa sebulan diambil untuk memikirkannya.

"Akhirnya, kami memutuskan untuk membenarkan anak menerima implan selepas berbincang dengan seorang doktor pakar bahasa dan pertuturan," tambah Gek Ling yang merupakan seorang pakar pediatrik.

Charng Jeng pula memberitahu, keputusan itu penting kerana mereka tahu perkembangan pertuturan anak berlaku sekitar usia tiga tahun. Biarpun sedar setiap pembedahan berisiko, pasangan tersebut tahu pertaruhan yang diambil itu melibatkan masa hadapan anaknya.

Pendapat berbeza


Apa yang menyedihkan, pasangan tersebut menerima banyak pendapat berbeza dan mengelirukan daripada rakan-rakan, saudara mara dan rakan sekerja.

"Ada yang menasihatkan kami agar jangan benarkan anak menerima implan koklea. Kata mereka, implan itu hanya memberikan daya pendengaran artifisial. Soalan saya ialah 'Apa ruginya pendengaran artifisial kalau anak langsung tidak boleh mendengar?'

"Sebagai seorang doktor, saya pun tahu keupayaan otak seorang kanak-kanak untuk menyerap maklumat. Kemampuan itu akan merosot seiring peningkatan usia. Ia seharusnya dibentuk seawal mungkin sebelum terlambat," katanya yang merupakan seorang pakar bedah saraf.
 
koklea 3
CHARNG JENG dan isterinya Gek Ling percaya tindakan yang pantas harus diambil untuk memperbetulkan kecacatan anak mereka. 
 
Keputusan membenarkan anaknya menerima implan kedua pada sebelah lagi telinga Ding Xi pula bertitik tolak daripada satu kunjungan ke Singapura. Seorang kanak-kanak perempuan yang juga penerima implan koklea bilateral berkata kepadanya: "Anak awak sangat bertuah kerana dapat menerima implan kokleanya seawal ini."

Kanak-kanak itu menerima implan pertamanya ketika berusia setahun setengah. Sementara implan kedua pula diperoleh sewaktu usia lapan tahun.

Mendengar tutur katanya yang jelas, Charng Jeng dan isterinya tidak lagi ragu-ragu.

Petang itu, saya sendiri menyaksikan betapa aktif dan spontannya pertuturan Ding Xi. Dia yang menjadi penerima implan koklea bilateral sejak dua tahun lalu kelihatan ceria seperti kanak-kanak seusia dengannya.

Suka menonton kartun dan meminati siri buku Dinosaur, Ding Xi turut mendemonstrasikan kemahiran membacanya kepada Kosmo!.

Meskipun sedikit segan dengan kehadiran krew Kosmo! pada awalnya, dia mudah mesra. Saat diajukan beberapa soalan, Ding Xi bijak memberikan jawapan. Tepat dan tanpa sebarang kesilapan sebutan atau intonasi. Dia yang fotogenik juga tidak segan beraksi apabila lensa kamera menghala ke arahnya.

Berbual

Sepanjang tempoh itu, Gek Ling banyak menghabiskan masa bersembang dengan anak-anaknya. Alasannya mudah. Dia ingin menghargai setiap peluang agar anak-anaknya mempunyai asas pembelajaran bahasa dan pertuturan yang baik.

Sesi terapi pertuturan harian, pasca pembedahan implan koklea itu pula diselaras mengikut kesesuaian dan keupayaan anak. Ding Xi diberikan hampir sejam setiap hari kecuali hari minggu. Wan Xi yang lebih mencabar untuk 'dikendalikan' pula hanya diperuntukkan sekitar 20 hingga 30 minit setiap hari.
koklea 4
 
 
 
 
DING XI menonton semula rakaman video tentang sesi terapi pertuturan intensif oleh ibunya. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Selain ibu bapa, ibu mertuanya, Lim Cheng Pheng, 58, juga mengambil inisiatif berpindah dari kediamannya di Klang demi menjaga cucu-cucunya di PJ. Ding Xi dan Wan Xi yang manja di sisi neneknya dikatakan 'sangat mudah dijaga'.

"Ibu bapa yang ada anak pekak seperti kami tidak harus hidup dalam penafian dan sentiasa murung. Seharusnya, ambil tindakan yang cepat. Jangan membuang masa. Berikan anak peluang mendengar dengan implan koklea kerana anak-anak ini sebenarnya mempunyai perkembangan kognitif yang sempurna.

"Jika ada yang inginkan nasihat, kami bersedia berkongsi pengalaman," kata Charng Jeng ikhlas.

Kisah keluarga pasangan doktor ini membuktikan realiti kehidupan harus ditangani secara positif. Hidup sememangnya memerlukan penyesuaian dan membuat keputusan yang bijak.

Kini, Ding Xi bukan sahaja boleh berbahasa Mandarin. Malah, dia sudah mula bertutur serba sedikit dalam bahasa Inggeris selepas menghadiri kelas tuisyen.

Jelas sekali, adik-beradik itu masih belum tahu betapa besarnya jasa kedua-dua mikrofon yang ada pada telinga mereka.

Tindakan bijak

Belajar daripada pengalaman lalu, diagnosis awal masalah pendengaran dan pembedahan implan yang diambil oleh pasangan itu nyata satu tindakan bijak. Malah, implan koklea beserta terapi pertuturan harian yang diberikan oleh ibunya membuahkan hasil positif.

Bagi membolehkan anak-anaknya menguasai kemahiran berbahasa, Gek Ling dan suami juga mempunyai teknik tersendiri.

"Untuk tidak mengelirukan mereka, kami tetapkan hanya bahasa Cina yang digunakan semasa berkomunikasi dengan anak-anak. Jadi, semua orang di dalam rumah termasuk pembantu rumah juga bertutur dalam Mandarin," jelasnya. 
 
koklea 5
 
 
 
 
 
 
GEK LING banyak menghabiskan masa berbual dengan anak-anaknya
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Lagipun, keunikan setiap perkataan Cina yang mempunyai empat jenis sebutan menjadi sebab kenapa ia perlu diperkenalkan awal dalam kehidupan kedua-dua orang anaknya.

Menariknya, dua tahun lalu, pembantu rumah Gek Ling yang berasal dari Indonesia itu tidak tahu menyebut satu perkataan Cina pun. Waktu itu, Wan Xi baru lahir. Maka, peluang itu dilihat baik untuk melaksanakan terapi pertuturan secara informal.

Terapi pertuturan intensif itu memberi impak kepada pembantu rumah mereka. Ini sekali gus menunjukkan betapa mudahnya daya penyerapan dan pembelajaran Wan Xi apabila menerima implan koklea seawal mungkin.



 
< Prev   Next >